suria

UniPin SEACA: 4 pasukan wakili Malaysia, bakal berentap rebut gelaran berprestij

Empat pasukan ini akan mewakili Malaysia dalam satu kejohanan e-Sukan terbesar di Asia Tenggara yang dijangka akan berlangsung di Jakarta pada November ini.

PASUKAN Geek Fam Ladies dan Richie Angels telah memenangi Kejohanan Wanita pada hari 4 Julai yang lalu, sekaligus menutup tirai UniPin SEACA 2021 peringkat kelayakan Malaysia.

Kedua-dua pasukan akan menyertai pasukan FANX MY dan RSG, yang telah berjaya menumpaskan 14 pasukan lain di kejohanan terbuka peringkat akhir, untuk mewakili Malaysia di UniPin SEACA 2021 Peringkat Akhir pada bulan November ini.

Setiap negara akan diwakili oleh empat pasukan untuk bertanding merebut gelaran paling berprestij sebagai pemenang UniPin SEACA 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: UniPin SEACA: 114 pasukan berentap... juara bakal rebut slot wakili Malaysia ke Jakarta

UniPin telah bekerjasama dengan eWallet Touch 'n Go, dompet digital Malaysia yang popular dan dominan bagi rakyat Malaysia, bagi menjayakan UniPin SEACA 2021 Malaysia Qualifier tahun ini.

Ia bermula dengan Kejohanan Terbuka Malaysia UniPin SEACA 2021 yang telah diadakan secara atas talian dari 23 hingga 27 Jun 2021.

Sebanyak 144 pasukan dari seluruh negara telah bertarung selama tiga hari untuk peringkat saringan kelayakan bagi menghadapi lapan pasukan jemputan khas di peringkat akhir nanti.

Pasukan jemputan khas itu adalah RSG, DINGOZ Esports, Farang Esports, Evos VIP, FANX MY, MIRI MOB Ryzen Era, RHG Rogue dan NSEA.

Pada penghujung acara tersebut, FANX MY dan RSG telah muncul sebagai dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu.

FANX MY telah berjaya memperolehi skor sebanyak tiga kali winner winner chicken dinner dan mendapat 104 mata secara keseluruhan, sementara RSG menduduki tempat kedua dengan jumlah skor sebanyak 65 mata.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berikutan penganjuran kejohanan terbuka itu, Kejohanan Wanita juga telah diadakan secara atas talian dari 1 hingga 4 Julai 2021.

Acara peringkat saringan kelayakan telah berjalan selama dua hari dengan 57 pasukan e-Sport wanita dari seluruh negara telah berentap bagi merebut slot mewakili Malaysia.

Mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan di peringkat awal, di mana setiap kumpulan terdiri daripada 14 pasukan.

Hanya 32 pasukan teratas di papan markah layak untuk meneruskan pada acara hari kedua.

Akhirnya, hanya lapan pasukan sahaja yang mara ke pusingan akhir.

Lapan pasukan dalam pusingan akhir adalah DR SC PPG, AURORA ACE ATHENA, KING MY SCARLET, FLORA, IVICT SASSY, Bapak Vixens, ESA ASTRA RUBBIES, dan VIP MYSTERIOUS VIXENS.

Pada 5 Julai lalu, pasukan-pasukan di atas telah diketemukan dengan lapan pasukan jemputan khas lain untuk pusingan akhir.

Pasukan jemputan khas tersebut adalah Axis Femme, Geek Fam Ladies, Richie Angels, Envy Flora, Last Survivor Lady, President Elara, Santau Lavista Daisy, dan UEA Clamora.

Dua daripada pasukan terbaik itu akan memenangi peluang melayakkan diri untuk mewakili Malaysia di UniPin SEACA 2021 Peringkat Akhir.

Geek Fam Ladies telah berjaya menduduki tangga teratas dengan jumlah keseluruhan sebanyak 107 mata dan Richie Angels berada di tempat kedua dengan jumlah keseluruhan sebanyak 74 mata. Mereka akan mewakili Malaysia di peringkat akhir setelah dua pasukan tersebut berada di tangga teratas dalam Kejohanan Wanita itu.

Kesemua empat pasukan yang menjadi juara juga turut memenangi hadiah wang berjumlah RM5,000.

Peringkat akhir dijadualkan akan berlangsung di Jakarta, pada bulan November 2021.

Walaupun ini merupakan kejohanan wanita yang julung kali diadakan oleh UniPin SEACA, kejohanan ini telah menerima sambutan dan penghargaan yang cukup tinggi dari komuniti e-Sukan di seluruh negara.

Kejohanan akhir itu telah menarik lebih 17,000 penonton live stream yang mahu mengikuti pertarungan sengit di antara pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

e-Sukan, Tournament, UnipiN, PUBG,

Artikel Lain