suria

Game sakan menjelang raya? Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem bertarung dalam Mobile Legends

Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem dipilih bagi menghangatkan lagi kempen 515 menjelang Hari Raya ini.

PERMAINAN mudah alih popular iaitu Mobile Legends memperkenalkan avatar baharu untuk menarik pemain muda menerusi kempen 515.

Menariknya ialah Mobile Legends memilih tiga selebriti popular iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem bagi menjayakan watak bagi siri MLBB 2022.

Ini merupakan kerjasama pertama Mobile Legends bersama selebriti tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: MSC 2022 berlangsung di Kuala Lumpur buat kali pertama, tawar hadiah 2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya

ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Wanita pecah rekod tontonan tertinggi

Mereka dipilih untuk menghangatkan lagi kempen 515 menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tidak tidak lama lagi.

Apa yang lebih mengujakan ialah setiap Wira Mobile Legends ini direka bersesuaian dengan imej sebenar selebriti terpilih supaya para peminat boleh mengenali bintang kegemaran mereka itu.

Janna Nick sebagai Tangwanwan

TWW_6686

Seorang penstrim berbakat dan muzikal, kemahiran Tang Wanwan adalah melontar dart. Perwatakannya yang ringkas, peramah dan tegas akan mendedahkan diri apabila bertemu Black-Dragon.

Ketahui sebab Black-Dragon memainkan peranan penting dalam pengembaraan Tang Wanwan apabila menerima jemputan ke M-World dan memilih untuk bertarung di sana.

Hun Haqeem sebagai Ling

photo-output

Seorang pendekar pedang berkemahiran tinggi dan murid kepada Dragon Master. Perjalanannya tidak dijangka dalam permainan ini.

Pakar seni mempertahankan diri yang berdaya saing dan angkuh telah bertemu dengan Zilong di M-World dan mencetuskan pertarungan sengit.

Ketahui mengapa Ling dan Zilong tidak sepakat sepanjang pengembaraan mereka!

Hairul Azreen sebagai Yin

YIN_5817

Seorang pemain game yang bersemangat dan berbakat dalam kehidupan sebenar dan di M-World.

Yin telah membentuk personanya sebagai seorang genius game yang juga peramah dan berfikiran terbuka.

Walau bagaimanapun, jangan tertipu dengan daya tarikannya yang optimis. Yin seorang yang berdaya saing dan bercita-cita tinggi untuk menguasai semua jenis permainan dan muncul juara.

Adakah Yin berjaya melepasi semua cabaran untuk memasuki M-World?

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain