suria

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Wanita pecah rekod tontonan tertinggi

Bigetron Era antara pasukan yang memeriahkan MLBB Women’s Invitational

HUJUNG minggu lalu, Moonton telah mengadakan Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) pertama mereka khas untuk pemain wanita.

MLBB Women’s Invitational ialah peringkat terbesar yang pernah diadakan untuk pasukan wanita dari seluruh Asia Tenggara.

ARTIKEL BERKAITAN: Nantikan perkara tak dijangka di pusingan akhir Free Fire Challenger Series Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi sulung 2022... pemain Free Fire bakal rasai pengalaman luar biasa bersama Assassin’s Creed

Beberapa organisasi seperti Bren Victress, Geng Kapak Basreng, Bigetron Era, Smart Omega Empress dan banyak lagi berada di bawah pertubuhan rasmi dan telah memenangi beberapa kejohanan.

Selebihnya adalah organisasi yang lebih kecil dengan pemain sambilan seperti Karra dari Malaysia.

Kejohanan ini berjaya meraih 392,000 tontonan, iaitu dua kali ganda daripada Women Star League Musim 4 yang meraih 130,000 tontonan.

Jumlah besar itu dilihat semasa pusingan akhir kejohanan antara GPX Basreng dan BTR Era, perlawanan akhir Indonesia lawan Indonesia di mana BTR Era meraih satu lagi kemenangan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka.

Kejohanan itu disiarkan di tiga platform berbeza iaitu YouTube, Facebook dan TikTok.

MWI berlangsung dari 27 Januari hingga 30 Januari 2022 dengan sejumlah sembilan pasukan di seluruh Asia Tenggara bersaing untuk kumpulan hadiah AS$15,000 (RM62,677.50). -IGN Southest Asia

Artikel Lain