suria

Lagu BEATz Penuh Kuasa dilancarkan untuk permainan Free Fire, mod baharu pun menarik

Free Fire melancarkan video muzik baharu BEATz Penuh Kuasa

MUZIK video baharu Free Fire iaitu BEATz Penuh Kuasa, dilancarkan pada Jumaat.

Single baharu itu menampilkan gabungan empat genre berbeza iaitu reggae, funk, pop dan K-Pop.

Lagu tersebut akan menjadi lagu tema ketika pemain sedang bermain permainan Free Fire.

ARTIKEL BERKAITAN: Nantikan perkara tak dijangka di pusingan akhir Free Fire Challenger Series Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi sulung 2022... pemain Free Fire bakal rasai pengalaman luar biasa bersama Assassin’s Creed

Selain itu, lagu ini juga turut diterbitkan dalam bahasa Melayu

fgfdg

Mod permainan baharu Free Fire iaitu Pet Ludo

Peminat dan pemain Free Fire juga boleh menikmati mod permainan baharu Pet Ludo yang menarik dan mendapat ganjaran yang menakjubkan.

Pemain Free Fire yang log masuk pada Jumaat juga diberikan beg galas Skuad BEATz yang eksklusif.

Free Fire bersedia untuk menambah keterujaan pemainnya dengan mod permainan baharu, Pet Ludo, yang terdiri daripada empat haiwan kegemaran iaitu Mr.Waggor, Moony, Sensei Tig dan Ottero.

Terdapat kelainan pada permainan tradisional Ludo dan ia menawarkan kepada pemain lebih banyak cara untuk menikmati Free Fire.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain