suria

Kejohanan Majors MCP Free Fire kembali, hampir RM300,000 jadi rebutan musim ke-3

MCP Majors kembali lagi untuk musim ketiga!

PERMAINAN mudah alih Free Fire menganjurkan kejohanan MCP Majors untuk musim yang ketiga.

Kejohanan itu akan berlangsung pada bulan ini dengan pemenang bakal mendapat AS$70,000 (RM293,000).

Pendaftaran untuk kelayakan dalam permainan untuk kejohanan itu akan dibuka kepada pemain di Malaysia, Kemboja, dan wilayah Filipina (MCP).

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu BEATz Penuh Kuasa dilancarkan untuk permainan Free Fire, mod baharu pun menarik

ARTIKEL BERKAITAN: Nantikan perkara tak dijangka di pusingan akhir Free Fire Challenger Series Malaysia

Kriteria untuk memasuki kejohanan ini, sekurang-kurangnya pemain perlu berada di tahap 20 dan mempunyai kedudukan platinum 1 dalam mod Battle Royale.

Pasukan yang mara ke Pusingan Akhir Kelayakan akan disertai oleh pasukan profesional yang biasa seperti Geek Fam dan Secret Xpert, yang menerima jemputan langsung daripada kejohanan Free Fire Challengers Malaysia (FFCM).

unnamed

Jadual perlawanan dalam Kejohanan MCP Majors untuk musim yang ketiga

Pusingan Kelayakan kemudiannya akan menentukan 18 pasukan yang akan berpindah ke Litar Liga untuk bersaing merebut tempat di Grand Final.

Meneruskan terus ke Grand Final kejohanan adalah antara 12 pasukan teratas iaitu Todak, juara FFCM, dan Blacklist International dan MCP Majors Pemenang musim 2.

Senarai penuh pasukan dengan jemputan langsung akan dikeluarkan tidak lama lagi.

MCP Majors Musim 3 akan menentukan pasukan yang akak mewakili rantau MCP dalam FFWS antarabangsa pada Mei 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain