suria

Nantikan kemeriahan skin kereta mewah... segalanya hasil kerjasama PUBG Mobile-Lamborghini

PUBG Mobile mengumumkan bahawa kolaborasi terbaru mereka adalah bersama Lamborghini

PERMAINAN mudah alih PUBG Mobile nampaknya semakin banyak melakukan kolaborasi.

Terbaharu permainan ini mendedahkan perkongsian kolaborasi bersama Warframe awal bulan ini,

Kini PUBG Mobile telah memberitahu peminat tentang kerjasama bersama Lamborghini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cepat! Pendaftaran PUBG Pro League (PMPL) musim ke-5 berakhir sehari lagi

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG Mobile tawar ganjaran 100,000 UC buat kali ke-2 sempena kedatangan 2022

PUBG Mobile, di media sosial rasmi mereka menyiarkan treler kerjasama mereka dengan Lamborghini iaitu jenama Itali dan pengeluar kenderaan sukan dan SUV mewah.

Walaupun pembangun tidak menyatakan bila kerjasama akan bermula dalam permainan, pengguna menjangkakan ia akan bermula tidak lama lagi, seperti yang dinyatakan dalam siaran.

Ia berkemungkinan akan membawa masuk pelbagai jenis skin kereta.

Menurut sumber, terdapat tiga Model Lamborghini berasingan akan tersedia untuk Coupe RB, Dacia dan UAZ.

Peminat PUBG Mobile perlu bersabar menunggu pengenalan skin baharu kepada permainan dan buat masa ini, mereka boleh menikmati sambutan dan kandungan Ulang Tahun ke-4 dalam PUBG Mobile. -sportskeeda

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain