suria

Syarikat permainan video EA boikot Rusia dan Belarus dalam program e-sukan

Syarikat permainan video terkenal Electronic Arts Inc memboikot Rusia dan Belarus.

SYARIKAT Electronic Arts Inc (EA) membuat keputusan untuk mengeluarkan Rusia dan Belarus sebagai negara yang layak daripada program e-sukannya.

Penerbit permainan video itu menggandakan boikotnya berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Pemain dan pasukan dari Rusia dan Belarus tidak layak menyertai Siri Global Apex Legends dan Siri Global EA SPORTS FIFA 22, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Festival Esports Johor bermula 22 Mac... RM86,000 jadi rebutan

ARTIKEL BERKAITAN: Nikmati Leap of Faith... crossover terbaru Free Fire x Assassin's Creed

Pencerobohan Ukraine telah menyebabkan penghijrahan syarikat global keluar dari Rusia.

Badan sukan seperti FIFA dan UEFA juga menggantung pasukan dan kelab kebangsaan Rusia daripada bola sepak antarabangsa.

Awal bulan ini, EA juga menghentikan penjualan permainan, kandungan dan mata wang mayanya di Rusia dan Belarus.

Penerbit FIFA juga telah mengeluarkan pasukan kebangsaan Rusia dan semua kelab bola sepak Rusia daripada permainan video popularnya FIFA 22. -TheStar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

e-sukan, EA, FIFA 22, EA, boikot, Rusia, Belarus

Artikel Lain