suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CTF kumpul ‘hackers’ terbaik di Las Vegas, penggodam dari universiti Amerika Utara jadi pemenang

CTF berlangsung di Las Vegas, baru-baru ini. Foto: Reuters/Zeba Siddiqui

PASUKAN penggodam dari dua universiti Amerika Utara memenangi 'Capture the Flag', satu pertandingan yang menghimpunkan 'hackers' terbaik dunia.

Berlangsung di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat baru-baru ini, para peserta yang bersaing dalam cabaran itu bukan sahaja perlu mencari pepijat (bugs) di dalam program tetapi juga mempertahankan diri mereka daripada penggodaman yang datang daripada pesaing lain.

Peraduan ini melibatkan pencerobohan perisian tersuai yang direka oleh penganjur kejohanan, DEF CON.

Pasukan pemenang, yang dipanggil Maple Mallard Magistrates terdiri daripada peserta dari Carnegie Mellon University, alumninya, dan University of British Columbia.

Ia disertai 'hackers' dari China, India, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.

Segelintir daripada peserta berkhidmat untuk kerajaan masing-masing, selain ada yang bekerja di firma swasta dan juga penuntut universiti.

Walaupun negara mereka mungkin terlibat dalam pengintipan siber terhadap satu sama lain, pertandingan anjuran DEF CON ini membolehkan penggodam elit berkumpul dalam semangat kesukanan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain