suria

Kejohanan E-Sukan Komanwel: Kontinjen Malaysia pertaruh 13 wakil

William Yeoh Kwok Teong, Denise Danial Abdullah, Chung Wei Shen, Ahmad Ayhad Husam, Pang Sze Xuan, dan Loyd Yong Binjie dari pasukan Atlantis akan bertanding dalam Dota 2 kategori terbuka.

KONTINJEN Malaysia menghantar 13 pemain untuk bersaing dalam dua kejuaraan iaitu Dota 2 dan eFootball, dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel yang diadakan serentak dengan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dan Persekutuan E-Sukan Global, kejohanan berkenaan turut menampilkan permainan Rocket League.

Bagi kategori Dota 2 wanita, ia diwakili Grills Gaming, terdiri daripada Stephanie Lim Yuen Lii, Bette Chia Hooi Ping, Tan Lyn Xhin, Nadrah Saufi, Wong Wei Sian dan Lim Chern Tze. Jurulatih pasukan ialah Loh Yong Heng.

Selain Grill Gaming, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) turut menghantar pasukan Atlantis untuk bertanding dalam Dota 2 kategori terbuka.

Mereka terdiri daripada William Yeoh Kwok Teong, Denise Danial Abdullah, Chung Wei Shen, Ahmad Ayhad Husam, Pang Sze Xuan, dan Loyd Yong Binjie.

Yong Wen Hao bertindak sebagai jurulatih pasukan.

Untuk permainan eFootball, MESF memilih Mohamad NorHaikal Mohamad Noh.

Sementara itu Timbalan Presiden MESF, Afiq Fadhli Narawi, akan mengetuai kontinjen sebagai pengurus pasukan.

Kejohanan diadakan pada 6 dana 7 Ogos.

Kontinjen Malaysia berlepas pada 1 Ogos lalu untuk menyertai kejohanan yang julung-julung kali diadakan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain