suria

Wajib cuba... Ketahui 10 kehebatan Free Fire MAX... memang meletup!

Permainan Free Fire MAX diperkenalkan bagi memberi pengalaman yang luar biasa buat pemain-pemain Free Fire.

PASTINYA ini berita gembira buat semua!

Permainan mudah alih Free Fire MAX kini boleh dimuat turun di seluruh dunia melalui aplikasi Google Play Store dan iOS.

Muat turun dari sini: freefiremax.one.onelink

ARTIKEL BERKAITAN: Free Fire bekerjasama dengan Venom untuk projek Free Fire x Venom: Let There Be Carnage

Free Fire MAX adalah aplikasi terpisah dari aplikasi Free Fire yang asli tetapi dengan spesifikasi yang dipertingkatkan.

Tambah lagi, Free Fire MAX mengemas kini kesan visual dan audio yang membolehkan pemain merasai sendiri

pengalaman bermain pada tahap kepuasan maksimum.

360 Degree Lobby

Paparan lobi dalam Free Fire MAX

Apa lagi, jom kita check out ciri-ciri menarik yang ada pada permainan mudah alih Free Fire MAX:

1. Free Fire Max telah membawa banyak perubahan tambahan tetapi mungkin yang paling menarik ialah mod Craftland.

Pemain dapat membuat peta sendiri serta menikmati peta yang lebih realistik dan permainan mengasyikkan.

2. Dengan kemas kini terkini, pemain boleh like, subscribe dan kongsi peta kegemaran mereka untuk menunjukkan

sokongan kepada pencipta peta tersebut.

3. Pemain Free Fire MAX boleh menjemput rakan mereka dari Free Fire dan Free Fire MAX untuk bermain di peta.

free fire 1

Bermuda MAX adalah peta terbaharu yang ada di dalam Free Fire MAX

4. Pemain boleh mencuba untuk menembak pokok dan dari tembakan itu pemain akan melihat daun jatuh ke tanah hasil dari kesan grafik di dalam Free Fire MAX.

5. Pengisian bagi peta baharu iaitu Bermuda MAX mempunyai perubahan menara jam dan kilang yang direka bentuk semula, tetapi dengan perincian ditambah baik pada struktur dalaman serta luaran.

6. Animasi pergerakan asas seperti berlari, melompat, merangkak juga telah ditingkatkan bagi memberikan permainan Free Fire MAX lebih lancar dan lebih realistik.

free fire 3

Animasi grafik di dalam Free Fire MAX dipertingkatkan

7. Data akaun Free Fire MAX dan juga Free Fire boleh diselaraskan pada kedua-dua aplikasi.

8. Animasi khas, seperti memakan cendawan dan terjun payung, dioptimumkan juga.

9. Senjata dan bunyi letupan diperbaharui menjadi lebih realistik

10. Kesan kenderaan seperti brek lampu, jalur tayar, dan lain-lain hanya boleh dilihat oleh pemain Free Fire MAX untuk

pengalaman yang lebih baik and juga memastikan keadilan permainan.

Bermuda MAX 2

Antara kawasan di peta Bermuda MAX

Dengan kemaskini terkini, Free Fire MAX menjanjikan pengalaman permainan mudah alih yang luar biasa untuk dinikmati para pemain selepas ciri-ciri naik taraf yang telah dipertingkatkan.

Buat pengetahuan anda, Free Fire oleh Garena adalah permainan battle royale mudah alih pertama yang baru-baru ini mencapai 1 billion muat turun di Google Play Store!

Jom beraksi! Muat turun Free Fire MAX sekarang: freefiremax.onelink

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain