suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penantian 19 tahun berakhir, Indonesia julang Piala Thomas

Jonatan Christie mengutip mata kemenangan untuk Indonesia apabila menewaskan perseorangan China Li Shi Feng dalam perlawanan rubber set.

INDONESIA mengejutkan juara bertahan apabila menewaskan China 3-0 untuk merangkul Piala Thomas edisi ke-14 setelah kali terakhir memenanginya 19 tahun lalu.

Indonesia mengutip mata pertama Indonesia menerusi beregu utama mereka, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang menewaskan He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-12 dan 21-19.

Anthony Sinisuka Ginting kemudiannya meletakkan Indonesia selesa mendahului 2-0 apabila menewaskan Lu Guang Zu 18-21, 21-14 dan 21-16.

China cuba bangkit menerusi pemain perseorangan keduanya, Li Shi Feng, namun Jonatan Christie memastikan Indonesia menang bergaya dengan menewaskan Shi Feng 21-14, 18-21 dan 21-14.

Aksi final ini berlangsung di Arena Ceres, Aarhus, Denmark, Ahad malam.

Kali terakhir Indonesia muncul juara Piala Thomas adalah pada tahun 2002.

China bagaimanapun muncul juara Piala Uber apabila menewaskan Jepun 3-1 awal pagi Ahad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain