suria

Perjuangan skuad badminton negara dalam kempen Piala Thomas berakhir

Pemain perseorangan negara Lee Zii Jia tewas kepada Anthony Ginting dalam perlawanan yang memakan masa 51 minit.

PERJUANGAN skuad badminton negara dalam kempen Piala Thomas berakhir selepas tewas 0-3 di tangan musuh tradisi, Indonesia pada aksi suku akhir di Aarhus, Denmark, malam Jumaat.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tewas kepada Anthony Ginting 15-21, 17-21 dalam perlawanan yang memakan masa 51 minit.

Harapan yang diletakkan ke atas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk kembali menyamakan kedudukan juga tidak kesampaian apabila mereka tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo 17-21, 21-16, 15-21.

Ng Tze Yong yang berada di ranking ke 91 dunia pula menggalas tanggunjawab sebagai perseorangan kedua namun dia juga terpaksa akur kepada pemain ranking ke tujuh dunia, Jonathan Christie 21-14, 19-21, 16-21.

Indonesia akan melawan Denmark yang menewaskan India 3-1 di peringkat separuh akhir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain