suria

Sir Alex Ferguson kata Ronaldo berhak rangkul anugerah Ballon d'Or tahun ini

Ronaldo sudah lima kali merangkul anugerah berprestij Ballon d'Or.

SIR Alex Ferguson berpendapat Cristiano Ronaldo adalah calon paling layak untuk merangkul anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Anugerah berprestij itu diberikan pada setiap akhir tahun oleh penerbitan Perancis, Football Perancis kepada pemain bola sepak yang dianggap telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang 12 bulan sebelumnya.

Senarai 30 pemain bola sepak lelaki telah dicalonkan, menjelang anugerah yang akan berlangsung pada 29 November di Paris.

Sudah tentu saingan hebat Ronaldo adalah pemenang enam kali Ballon d'Or, Lionel Messi.

Selain dua bintang tersebut, antara nama terkemuka lain yang dicalonkan termasuklah Kylian Mbappe, Neymar, Karim Benzema, Jorginho, N'Golo Kante dan Robert Lewandowski.

Untuk rekod, Ronaldo sudah lima kali merangkul anugerah berprestij itu. - Manchestereveningnews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain