suria

Solskjaer akui buat beberapa keputusan salah

OLE Gunnar Solskjaer mengakui dia "telah membuat beberapa keputusan salah" ketika Manchester United tewas 2-4 kepada Leicester City di Stadium King Power.

OLE Gunnar Solskjaer mengakui dia "telah membuat beberapa keputusan salah" ketika Manchester United tewas 2-4 kepada Leicester City di Stadium King Power.

Pasukan bimbingan Solskjaer bermula perlahan namun berjaya mendahului dengan hasil jaringan Mason Greenwood.

Namun Youri Tielemans berjaya menyamakan kedudukan.

Caglar Soyuncu meletakkan Leicester di depan sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan pada minit ke 82.

The Foxes bagaimanapun berjaya mendahului hasil jaringan amie Vardy dan Patson Daka untuk meletakkan Leicester 4-2.

United kini berada di tangga ke lima liga dengan empat kemenangan, dua seri dan dua tewas.

Mengulas mengenai perlawanan terbabit, Solskjaer dilaporkan berkata, "persembahan pasukannya tidak cukup baik".

"Kami tidak layak mempertahankan rekod tanpa kalah. Persembahan kami tidak cukup baik.

"Kami mendapat gol yang sangat menarik menerusi Mason Greenwood dan memiliki beberapa peluang lagi. Tetapi kami mula goyah dan melepaskan gol. Ia mengenai sentuhan penyudah dan kami mencipta lebih banyak peluang. Dua gol daripada gol yang dilepaskan sangat mengecewakan, kemudian jaringan penyamaan Leicester beberapa saat selepas kami menyamakan kedudukan yang tidak seharusnya berlaku (gol Jamie Vardy).

"Saya memilih pasukan dan Harry Maguire tidak menunjukkan reaksi terhadap kecederaannya. Saya mengangkat tangan jika ia tidak berjaya dan saya mungkin telah membuat beberapa keputusan buruk.

"Akhir-akhir ini, kami tidak berada dalam keadaan hebat dan kehilangan banyak mata. Sesuatu mungkin harus berubah. Adakah kami memerlukan lebih banyak kesegaran? Apa yang kami perlukan? Itu yang harus kami betul-betul kaji. Perkara Yang positifnya adalah Marcus Rashford sudah kembali. Dia membawa kesegaran dan ketajaman penyudahnya adalah satu bonus besar.

"Saya mempunyai ramai pemain yang bagus dan setiap perlawanan adalah berbeza. Saya tidak akan mencipta alasan atas pasukan yang saya bentuk yang sarat dengan pemain handalan dan keputusan ini tidak cukup bagus." - Football 365

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain