PETINJU Mateus Mendonca terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas mengalami keretakan pada zakar semasa sesi gusti di Maranhao, Brazil. Ekoran kejadian itu, doktor mengarahkan atlet berusia 25 tahun itu berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti lasak selama dua bulan. "Saya sedang berlatih dengan seorang rakan sepasukan dan dia menghentam zakar saya dengan lututnya. Saya rasa terlampau sakit dan terus ke bilik mandi. "Keesokan harinya ketika berada di Sao Paulo, saya mula perasan keadaan pelik iaitu ada benjolan pada zakar. Teman wanita saya suruh pergi hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Kemaluan patah gara-gara aksi ganas dengan isteri, warna bertukar ungu... Lelaki 50 tahun terpaksa dibedah "Selepas menjalani imbasan, mereka arahkan saya untuk lakukan pembedahan kecemasan. Doktor menasihatkan saya supaya tidak berlatih atau mengajar selama dua bulan," kata Mendonca. Sepanjang tempoh itu, Mendonca yang juga bekas petinju UFC terpaksa menggunakan media sosial miliknya untuk menjana pendapatan. "Saya kena berehat di rumah dan tak buat apa-apa. Saya tak boleh mengajar atau berlatih, jadi saya buat peraduan untuk dapatkan sedikit duit. "Antara hadiah yang ditawarkan termasuk baju dan sarung tangan UFC. Saya ada seorang anak perempuan kecil, dan saya bawa keluarga saya ke Sao Paulo untuk berlatih," ujarnya lagi. - MMA Fighting. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube