suria

Bekas pemain Manchester City ditahan tendang kepala isteri macam bola

Menggunakan kekerasan adalah satu jenayah. -Gambar hiasan

BEKAS pemain bola sepak menendang kepala isterinya seperti bola semasa pergaduhan di rumah keluarga mereka.

Kejadian berlaku apabila lelaki berusia 42 tahun itu mengancam memukul bapa mentua dan abang iparnya terlebih dahulu ketika sedang minum wain.

"Dia kemudian menolak isterinya ke tanah dan menedang kepalanya," kata pendakwa raya Helena Duong kepada mahkamah.

Kejadian ini membabitkan bekas pemain Manchester City dan QPR, Joey Barton dan isterinya, Georgia Barton, 38, di Kew, barat daya London pada Jun 2021.

Rakan-rakan mereka dilaporkan cuba menarik Barton tetapi bekas pemain itu 'melempar' salah seorang daripada mereka dan memberi amaran agar tidak kurang ajar.

Mrs Barton menghubungi polis kira-kira 11 malam pada 2 Jun untuk melaporkan kejadian dipukul oleh suaminya.

Joey Barton (kanan) dan isteri, Georgia Barton ketika hadir ke mahkamah. - Gambar PA

Joey Barton (kanan) dan isteri, Georgia Barton ketika hadir ke mahkamah. -Gambar PA

Pasangan itu dilaporkan telah minum empat ke lima botol wain ketika kejadian.

Dalam panggilan 999 yang dimainkan di mahkamah, Mrs Barton yang sedang menangis memberitahu operator ‘suami saya baru sahaja memukul saya di dalam rumah.’

Apabila ditanya jika kejadian serupa pernah berlaku sebelum ini, dia menjawab ‘tidak, ini kali pertama’, sambil menambah bahawa dia dipukul di muka.

Apabila polis tiba sekitar 11:30 malam, Mrs Barton memberitahu mereka bahawa dia telah ditolak dan ditendang dan sebagainya.

Barton ditangkap sekitar tengah malam di biliknya, di mana dia sedang tidur, dan masih dalam keadaan mabuk, menurut perbicaraan itu.

Pasangan itu telah berkahwin dan tinggal bersama, menurut mahkamah.

Ketika kariernya, Barton pernah dilucutkan jawatan sebagai kapten QPR pada 2012 selepas dibuang padang semasa kemenangan dramatik 3-2 Manchester City ke atas QPR.

Ia disebabkan dia menumbuk Carlos Tevez dan ketika meninggalkan padang, Barton menendang Sergio Aguero sebelum cuba menanduk Vincent Kompany.

Barton menafikan satu tuduhan serangan dengan pukulan, dan perbicaraan diteruskan. - Agensi

Artikel Lain