suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Silap langkah redah banjir, bekas atlet ragbi dikhuatiri maut dihanyut arus deras... Kereta masih tersadai di tebing sungai

Kereta dinaiki bekas atlet ini dihanyutkan arus deras.

POLIS mengesyaki bekas pemain ragbi antarabangsa England, Tom Voyce, meninggal dunia selepas dia dilaporkan hilang di kawasan Northumberland yang dilanda banjir akibat Taufan Darragh.

Polis Northumbria memulakan pencarian pada tengah hari Ahad apabila bekas atlet berusia 43 tahun itu tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya pada waktu malam.

Voyce dipercayai cuba melintasi Abberwick Ford, berhampiran Alnwick, dengan keretanya sebelum dihanyutkan arus sungai.

Pegawai penyelamat menemui kenderaan itu, namun jurucakap polis berkata: "Dipercayai semasa usaha menyelamatkan diri, Voyce dihanyutkan arus dan meninggal dunia secara tragis."

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir ragut nyawa influencer, hanyut dibawa arus deras... Suami selamat berpaut pada kereta

Pegawai daripada Bahagian Marin Polis Northumbria, Perkhidmatan Udara Polis Kebangsaan, dron, dan pengendali anjing turut dikerahkan untuk operasi pencarian itu.

Sukarelawan daripada dua pasukan Penyelamat Gunung yang berpangkalan di Northumberland turut membantu, bersama keluarga dan rakan-rakan mangsa.

Dalam pada itu, pasukan daripada Perkhidmatan Bomba Northumberland telah mengikat kereta mangsa ke tebing sungai.

Bagaimanapun mereka kini sudah menghentikan operasi pencarian.

Voyce yang berasal dari Truro di Cornwall, pernah mewakili England sebanyak sembilan kali antara 2001 hingga 2006.

Dia bermain untuk pasukan Wasps, Bath, dan Gloucester sebelum bersara daripada sukan ragbi pada 2013 dan menetap di Alnwick sejak 2020. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain