suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir ragut nyawa influencer, hanyut dibawa arus deras… Suami selamat berpaut pada kereta

Orang awam cuba menghulurkan tangga, namun gagal menyelamatkan wanita itu.

SEORANG pempengaruh wanita dari Brazil terkorban selepas dia dihanyutkan banjir kilat di Uberlandia pada Ahad.

Menerusi video tular, mangsa iaitu Jeniffer Soares Martins dan suaminya, Wallison Lima dilihat sedang berpaut pada kereta yang ditenggelami banjir.

Beberapa orang awam juga dilihat cuba menyelamatkan pasangan itu menggunakan tangga, namun usaha mereka gagal ekoran arus deras di kawasan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Maut, Hilang & Terperangkap Akibat Banjir Besar

Martins meninggal dunia akibat dihanyutkan arus deras, manakala suaminya berjaya diselamatkan.

Banjir kilat itu berlaku susulan hujan lebat yang melanda sebahagian kawasan bandar tersebut.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin kira-kira lapan tahun lalu.

Martins meraih populariti sehingga dikenali sebagai pempengaruh kerana sering berkongsi rutin hariannya di media sosial. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain