suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda maut jatuh lif, percutian keluarga di Turki berakhir tragedi… Bapa saudara dedah sikap mangsa sebelum insiden

Mangsa baru sahaja memiliki pekerjaan tetap.

MALANG tidak berbau.

Begitulah yang dilalui keluarga Britain ini semasa menikmati percutian di Antalya, Turki.

Ia berikutan, salah seorang ahli keluarga mereka maut selepas terjatuh ke dalam lubang lif di sebuah hotel pada Jumaat.

Ketika kejadian, mangsa Tyler Kerry, 20, sedang menikmati perjalanan di kawasan sekitar sebelum ditemukan maut di lubang lif.

Mangsa juga dikatakan sempat menghantar pesanan mesej kepada ahli keluarga tentang perasaan gembiranya kerana dapat menikmati suasana di luar negara sebelum insiden berlaku.

Turut terkesan dengan tragedi itu, bapa saudaranya, Alex Price, berkata Tyler merupakan pemuda yang bersemangat dan baru mempunyai pekerjaan yang stabil serta membeli kereta baharu untuk memulakan kehidupan bersama teman - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain