suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak buka baju, seluar sendiri pun tak boleh... Lelaki kudung dua tangan hairan dituduh rogol pelajar

Agus nafi dia adalah individu yang terlibat dalam kes berkenaan.

SEORANG pemuda orang kurang upaya (OKU) yang tidak mempunyai tangan kiri dan kanan dituduh atas kesalahan merogol pelajar perempuan dalam kejadian di sebuah rumah inap (homestay).

Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia.

Suspek yang dikenali sebagai Agus bagaimanapun menafikan tuduhan itu dengan menyatakan adalah mustahil bagi individu sepertinya yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan untuk melakukan perbuatan tercela itu terhadap mangsa.

“Dengan keadaan saya seperti ini, bagaimana saya boleh melakukan keganasan seksual atau rogol.

“Saya malah tidak boleh menanggalkan seluar dan baju saya (sendiri),” kata Agus.

Bagaimanapun pihak polis mendedahkan fakta mengejutkan bagi kes berkenaan hingga mendorong mereka menamakan Agus sebagai suspek.

"Dia menanggalkan pakaiannya termasuk memaksa mangsa membuka kakinya. Agus menggunakan kedua belah kakinya untuk melakukan perbuatan tercela ini," ujar polis.

Menurut kenyataan polis, Agus membawa mangsa ke sebuah homestay yang terletak di Kota Mataram sebelum merogol wanita itu dalam kejadian 7 Oktober lalu.

Ekoran tuduhan rogol itu, Agus dituduh sebagai suspek dan didakwa mengikut Undang-undang Jenayah Keganasan Seksual (TPKS). -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain