suria

Berbaki 10 minit sebelum wisel penamat, perlawanan Barcelona-Cadiz dihentikan gara-gara penonton sakit

Ledesmadilihat membaling peralatan perubatan, dipercayai defibrilator, dari bangku Cadiz ke arah penonton.

PERLAWANAN La Liga antara Barcelona menentang Cadiz dihentikan pada minit-minit terakhir selepas seorang penonton dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang memerlukan bantuan kecemasan perubatan.

Permainan dihentikan dengan kira-kira 10 minit berbaki pada separuh masa kedua.

Ketika itu, kelab Catalan berkenaan mendahului 2-0 apabila penggera dibangkitkan di belakang gawang penjaga gol Cadiz, Jeremias Ledesma.

Ledesma kemudian dilihat membaling peralatan perubatan, dipercayai defibrilator, dari bangku Cadiz ke arah penonton dalam usaha membantu penonton berkenaan.

Sementara itu, para pemain dilihat bertafakur di atas padang ketika insiden tersebut berlaku.

Pasukan perubatan daripada kedua-dua pasukan segera bergegas untuk membantu sebelum pemain akhirnya dihantar semula ke bilik persalinan.

Kira-kira 20 minit selepas permainan dihentikan, pegawai perlawanan mengangkat pengusung di tepi padang untuk membantu penonton berkenaan, yang dipercayai seorang warga emas.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan masalah kesihatan yang dialami penonton berkenaan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JDT juara Piala FA tewaskan TFC 3-1

Artikel Berkaitan

Artikel Lain