suria

JDT juara Piala FA tewaskan TFC 3-1

JDT muncul juara Piala FA 2022. Foto: Bernama

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemain sayap JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi membuka tirai jaringan pada minit ke-34.

JDT kemudian dihadiahkan sepakan penalti selepas Muhammad Rahadiazli melakukan kekasaran keatas Bergson Da Silva.

Peluang tersebut tidak disia-siakan apabila Bergson berjaya menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-62 untuk meletakkan Harimau Selatan selesa di hadapan dengan kelebihan dua gol.

Pemain import TFC, Tchetche Kipre menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias untuk merembat masuk gol pertama skuad penyu pada minit ke-75.

Bagaimanapun, Bergson meledakkan satu lagi gol untuk JDT apabila menyempurnakan hantaran Mohamadou Sumareh pada minit ke-78.

Kedudukan 3-1 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua Harimau Selatan menjulang piala FA selepas muncul juara pada 2016. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

JDT, TFC, Piala FA, Harimau Selatan

Artikel Lain