suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Graham Potter pengurus baharu Chelsea selepas Thomas Tuchel dipecat

Potter dilantik sebagai pengurus baru The Blues.

CHELSEA telah mengesahkan Graham Potter sebagai pengurus baharu mereka berikutan pemecatan Thomas Tuchel.

Potter, 47, meninggalkan Brighton untuk menandatangani kontrak lima tahun di Stamford Bridge selepas Seagulls memberi kebenaran kepada Chelsea untuk mengadakan perbincangan dengan pengurus mereka.

Beliau akan mengendalikan perlawanan pertamanya sebagai bos Blues pada hari Sabtu ini dalam perlawanan derby London barat menentang Fulham di Craven Cottage.

Dia mula membina reputasi cemerlangnya dalam arena bola sepak Inggeris dengan Ostersund, yang bermain di peringkat keempat bola sepak Sweden apabila dia mengambil alih sebagai ketua jurulatih pada 2011.

Dalam tempoh enam tahun, dia telah membimbing kelab itu ke liga teratas dan ke Liga Eropah di mana mereka berjaya mengalahkan Arsenal di Stadium Emirates pada 2018.

Selepas semusim dalam Kejuaraan bersama Swansea, Potter menyertai Brighton pada tahun 2019 di mana dia telah menyelia transformasi kelab yang mengagumkan itu.

Malah pada masa telah mengubah sepenuhnya gaya permainan mereka dengan jenama menyerang dan bola sepak yang fleksibel dari segi taktikal sehingga berjaya menambat hati peminatnya. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

pengurus Chelsea, the blues, Potter,

Artikel Lain