suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brendan Rodgers bakal terima pampasan lumayan lebih RM51 juta jika dipecat Leicester

Rodgers dikhabarkan akan menerima bayaran pampasan yang lumayan jika dipecat Leicester.

BRENDAN Rodgers dilaporkan akan menerima pampasan sehingga lapan angka jika dia dipecat oleh Leicester berikutan permulaan terburuk kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dikhabarkan, jumlah pampasan berkenaan sangat lumayan iaitu bernilai £10 juta (RM51.88 juta).

Bos Foxes itu berada dalam pengawasan selepas pasukannya hanya mengutip satu mata daripada lima perlawanan pembukaan mereka.

Ia adalah musim paling buruk dan mengecewakan buat Foxes sejak 1983.

Rodgers, 49, menandatangani perjanjian baharu pada Disember 2019 yang menjadikannya pengurus dengan bayaran tertinggi dalam sejarah kelab tersebut.

Mengikut kontrak berkenaan, Rodgers sepatutnya kekal di Leicester sehingga Jun 2025. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain