suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan terima kekalahan, pemain Chesterfield disiasat polis akibat serangan ganas selepas perlawanan

Hallam Hope diserang sehingga mengalami kecederaan serius selepas perlawanan Liga Vanarama baru-baru ini.

SEORANG pemain Chesterfield disiasat polis selepas pemain Oldham Athletic, Hallam Hope dibawa ke hospital dengan 'kecederaan serius' berikutan serangan di tempat letak kereta kakitangan stadium Boundary Park, luar stadium Latics pada 4 September.

Serangan yang berlaku selepas kekalahan 2-0 Oldham di laman sendiri menentang saingan Liga Vanarama, Chesterfield.

Jurucakap Polis Greater Manchester berkata, pada sekitar jam 1.50 tengah hari, pihaknya menerima laporan serangan di Boundary Park yang dikatakan berlaku pada 3 September.

"Siasatan sedang dijalankan dan seorang pemain Chesterfield telah didakwa sebagai penyerang Hope," ujarnya yang turut menerima rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut.

Bagaimanapun, kelab terbabit telah mengeluarkan kenyataan balas dan menyatakan mereka menyedari dakwaan berkaitan pemain Chesterfield.

"Kami akan membantu pihak polis memandangkan ini adalah siasatan berterusan. Bagaimanapun, tiada ulasan lanjut akan dibuat pada peringkat ini," jelas kenyataan itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain