suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tyson Fury curi tumpuan, tewaskan Austin Theory dari kerusi penonton

Tyson Fury mematahkan 'drama' Austin semasa perlawanan WWE Clash at the Castle.

SELEPAS 30 tahun, arena gusti WWE kembali ke Cardiff, United Kingdom.

Sempena 'kebangkitan baru' di kepulauan British itu, ahli gusti Tyson Fury diangkat sebagai teraju dalam acara utama WWE Clash at the Castle antara Roman Reigns dan Drew Mclntyre apabila dia berjaya 'mematahkan' tindakan Austin Theory dari kerusi penonton.

Walaupun Mclntyre dikatakan 'juara' dalam kalangan peminat sukan tersebut, namun akhirnya takhta berjaya ditakluk oleh Reigns sekali gus menjadikannya Juara Bersatu WWE untuk tempoh dua tahun.

Terdahulu, selepas perlawanan berlangsung, Fury memasuki gelanggang sejurus loceng dimainkan yang mana dia berjabat tangan Reigns.

Dia kemudian membantu McIntyre berdiri dan mengaraknya mengelilingi gelanggang untuk menggembirakan 62,000 penonton yang hadir, pada masa sama McIntyre menyanyikan lagu Don't Look Back in Anger.

Susulan tindakannya itu, Fury dianggap sebagai hero perlawanan.

Malah, pemegang gelaran Juara Heavyweight WBC itu turut mendedahkan dia akan keluar daripada persaraan untuk pertarungan penyatuan dengan Oleksandr Usyk. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

WWE Clash, arena gusti, Tyson Fury,

Artikel Lain