suria

Legenda Liverpool Carragher rampas telefon penyokong di stadium, apa sebenarnya berlaku?

Carragher dirakam merampas telefon dari tangan seorang penyokong. foto SWNS

JAMIE Carragher dirakam merampas telefon dari tangan seorang penyokong ketika berjalan melalui kesesakan orang ramai.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, bekas pemain pertahanan England berusia 44, itu dirakam berjalan melalui penyokong di Nottingham Forest's City Ground.

Ketika itu menyaksikan perlawanan menentang pasukan Tottenham Hotspur.

Carragher hadir sebagai pengkritik untuk Sky Sports bagi membuat liputan perlawanan Nottingham Fores menentang Tottenham Hotspur.

Dlam kejadian itu, penyokong tuan rumah melakukan provokasi terhadap Carragher.

Rakaman menunjukkan legenda Liverpool itu merampas telefon bimbit daripada seorang peminat sebelum bersuara.

Susulan itu, Carragher tampil memberi penleasan berhubung insiden: "Saya sedang diiringi dari satu bahagian The City Ground ke bahagian lain, melepasi beberapa penyokong yang lantang dengan ejekan. Bagi saya, tiada niat untuk membahayakan daripada kedua-dua belah pihak.”

Rakaman video menunjukkan Carragher turun dari tempat pengkritik, sebelum seorang penyokong dilihat menolak telefonnya ke muka Carragher.

Carragher kemudian dilihat merampas telefon itu, sementara penyokong lain melemparkan kata-kata kasar kepadanya.

Klip video lain menunjukkan Carragher bertengkar dengan peminat dalam kejadian berasingan sebelum akhirnya menuruni tangga ke padang. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain