suria

Tidur siang 5 kali sehari rahsia Ronaldo tetap ‘perform’

Pemain bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo. (Foto: AFP via Getty Images)

WALAUPUN usia telah mencecah 37 tahun pada 2022, aksi Christiano Ronaldo tidak ‘kendur’ malah tetap menjadi pemain teratas dalam sukan bola sepak.

Tidak hairanlah pemain Machester United ini mampu beraksi dengan baik apabila dia sebenarnya menjaga kesihatan tubuh dan pola kehidupan termasuk waktu tidur.

Memetik laporan Dailystar, Ronaldo mendapatkan nasihat seorang pakar bernama Nick Littlehales sejak dia masih bermain untuk pasukan Real Madrid lagi.

Pakar tersebut memberikan arahan kepada Ronaldo untuk tidur lima atau enam kali sehari pada waktu siang dan masing-masingnya selama 90 minit.

Dalam pada itu Nick menekankan betapa pentingnya tidur dengan corak tersebut bagi seorang atlet agar metabolisme tubuh terus aktif.

“Ini adalah cara untuk mereka yang kurang tidur, tetapi ingin meningkatkan pemulihan."

Littlehales juga menyarankan Ronaldo untuk tidak menggunakan telefon bimbit satu jam setengah sebelum tidur, tidak membeli tilam mewah, mencuci pakaian bersih setiap sebelum tidur siang dan tidur sendirian. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain