suria

Lebih seminggu maut serangan jantung, legenda kriket Australia akhirnya 'tiba' di Melbourne

Keranda Warne dibalut dengan bendera Australia sebagai penghormatan terakhir.

KAPAL terbang peribadi yang disewa khas untuk membawa mayat legenda kriket Shane Warne selamat tiba di Melbourne, Australia kira-kira pukul 8 malam, Khamis.

Ahli keluarganya dan orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Essendon hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada lelaki berusia 52 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain tenis tertua Ukraine tidak takut ancaman bom, akui tidur nyenyak kerana pekak

ARTIKEL BERKAITAN: Under Armour komited buka lebih banyak akses bantu anak muda capai impian bergelar atlet

Difahamkan, penerbangan itu dilakukan kira-kira seminggu selepas kematian mengejut Shane Warne di Thailand.

Polis Thailand mengiringi ambulans yang membawa mayatnya dari hospital ke lapangan terbang di Bangkok.

Berdasarkan laporan bedah siasat yang dibuat awal minggu ini, pihak berkuasa Thailand mengesahkan Warne meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di sebuah vila percutian di pulau Koh Samui pada Jumaat lalu.

Ahli keluarga dan peminat boleh hadir ke majlis pengebumian Warne pada 30 Mac ini.

Ahli keluarga dan peminat boleh hadir ke majlis pengebumian Warne pada 30 Mac ini.

Satu upacara pengebumian akan diadakan untuk mendiang Warne di Padang Kriket Melbourne pada 30 Mac.

Ia berkemungkinan diadakan pada waktu senja bagi membolehkan lebih ramai orang hadir.

Terdahulu, Perdana Menteri Victoria Daniel Andrews mengesahkan bahawa seramai mungkin orang akan dibenarkan hadir. - 9news

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain