suria

Hulk Iran enggan tarik diri, sedia hadapi 'The World's Scariest Man' di Dubai pada 30 April

Kedua-dua peninju heavyweights akan bertemu di Dubai.

'HULK Iran' menolak tawaran untuk menarik diri daripada pertembungan heavyweight dengan Martyn Ford yang digelar 'The World's Scariest Man' dalam kalangan pesaingnya.

Ford juga dikatakan bersedia untuk menyelesaikan perbalahan mereka dalam pertemuan di The O2 di London pada 2 April ini selepas kedua-dua mereka sering bertengkar mulut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih seminggu maut serangan jantung, legenda kriket Australia akhirnya 'tiba' di Melbourne

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain tenis tertua Ukraine tidak takut ancaman bom, akui tidur nyenyak kerana pekak

Bagaimanapun, pertarungan yang dijadualkan itu terpaksa ditunda kira-kira empat minggu iaitu sehingga 30 April nanti disebabkan terdapat peserta acara tinju itu mengalami kecederaan kecil.

Difahamkan, antara nama yang akan tampil pada acara tersebut adalah bekas pemain bola sepak Premier Jamie O'Hara, bintang Love Island Jack Fincham dan Theo Campbell.

Tangkap layar menunjukkan Ford menolak Gharibi ketika pertemuan mereka.

Tangkap layar menunjukkan Ford menolak Gharibi ketika pertemuan mereka.

Menurut penganjurnya, kecederaan yang dialami bintang sukan terlibat menyebabkan lebih banyak masa diperlukan untuk membuat persiapan.

"Ford sememangnya menjadi pilihan dalam pertarungan nanti. Dia juga dikatakan lebih mengagumkan daripada 'Hulk' atau Sajad Gharibi.

"Kerana itu, Gharibi diberi pilihan untuk berundur, tetapi dia tidak enggan," katanya.

Ford memiliki kelebihan berbanding lawannya, Hulk Iran.

Ford memiliki kelebihan berbanding lawannya, Hulk Iran.

Dalam pada itu, Ford memaklumkan, lawannya itu, bukan hanya yakin 100 peratus malah turut bertegas untuk meneruskan perjuangan.

"Jadi tidak akan ada pertarungan 'santai', dia tahu apa yang dia hadapi sekarang dan 30 April nanti akan menjadi malam untuk diingati," ujarnya.

Gharibi sedia berhadapan dengan Ford.

Gharibi sedia berhadapan dengan Ford.

Ford berdiri pada ketinggian kira-kira 210 sentimeter dan mampu menimbang kira-kira 370 paun (167.8 kilogram), tetapi kini turun pada 315.

Gharibi yang berusia 30 pula hanya berketinggian 188 sentimeter tetapi mempunyai kelebihan pada berat iaitu 390 paun (176.9 kilogram). - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain