suria

Under Armour komited buka lebih banyak akses bantu anak muda capai impian bergelar atlet

Under Armour komited untuk menyokong generasi muda bersaing dalam bidang sukan.

ANAK muda yang berpotensi atau minat dalam bidang sukan tetapi tidak berpeluang bergelar atlet kerana kekangan tertentu kini boleh menarik nafas lega kerana Under Armour komited untuk membantu mereka.

Jenama sukan popular ini sedar pada masa kini, masih ramai remaja berpotensi di seluruh dunia tidak dapat menonjolkan bakat dan kemahiran bersukan yang dimiliki hanya kerana beberapa halangan.

Antara kekangan utama yang menyebabkan golongan ini terpaksa menguburkan impian mereka bergelar atlet termasuklah kekurangan dana, masa atau pengangkutan, sehinggalah halangan sosial dan mental yang akhirnya membuatkan mereka berasa tidak layak untuk menyertai pasukan.

Selain itu, disebabkan masalah kekurangan akses dan sumber awam, tidak banyak masa kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah yang dihabiskan untuk bersukan di setiap rantau dan kumpulan demografi.

ua 2

Bersukan terbukti mempunyai banyak manfaat tetapi masih ramai anak muda tidak berpeluang melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

Bagaimanapun, Under Armour sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menceburi bidang sukan.

Sukan sebenarnya lebih daripada sekadar permainan dan mampu memberikan banyak manfaat kepada generasi seterusnya di seluruh dunia.

Ia mampu mencetuskan inspirasi melalui kolaborasi dan kerja berpasukan, membantu meningkatkan keyakinan diri, mengurangkan stres dan memperbaiki kesihatan mental seseorang.

ua 3

Atlet dan aktiviti-aktiviti komuniti di bawah Under Armour berperanan membawa lebih banyak anak muda bermain di padang.

Menyedari realiti ini, Under Armour komited untuk memecahkan tembok penghalang yang selama ini membataskan akses anak muda di seluruh dunia kepada sukan yang mana komitmen jangka panjang ini melibatkan sumber, fokus dan tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif Under Armour, Patrik Frisk berkata peluang sukan yang tersedia adalah tidak terhad dan sangat penting kepada masyarakat.

“Daripada mengajar kanak-kanak menjadi ahli pasukan dan pemimpin yang baik, kepada cara memikul tanggungjawab dan bekerja keras untuk matlamat mencapai mereka, akses kepada sukan adalah asas untuk membangunkan kemahiran yang akan memperkasakan atlet muda di dalam dan di luar padang atau gelanggang.

"Menjadi tanggungjawab kami untuk memecah tembok halangan bagi mereka yang mahu berusaha lebih dengan mewujudkan peluang untuk jutaan anak muda melibatkan diri dalam sukan menjelang 2030," katanya.

ua 4

Under Armour berharap dapat mewujudkan peluang untuk jutaan anak muda melibatkan diri dalam sukan menjelang 2030.

Di bawah inisiatif baharu ini, Under Armour akan memberi tumpuan dengan memberi sokongan kepada atlet muda dalam usaha mereka untuk bersaing menerusi tiga bidang utama.

Pertama adalah dengan membuka laluan (Pathways) bagi meningkatkan peluang untuk mereka melibatkan diri dalam program-program sukan yang lebih teratur, berstruktur dan berdaya saing.

ua 6

Under Armour bersedia untuk mengharungi segala cabaran dan terus mara bersesuaian dengan slogan The Only Way Is Through.

Ia diikuti dengan penglibatan individu (People) tertentu yang mana jurulatih, organisasi dan pihak berkepentingan dalam komuniti akan disatukan bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang menghalang anak muda untuk terlibat dalam sukan dan mencipta satu perubahan secara kekal.

Manakala fokus ketiga adalah 'prestasi' (Perfomance) iaitu secara berterusan menyediakan penyelesaian kepada masalah prestasi, sumber dan alatan yang diperlukan atlet untuk mencapai tahap terbaik.

Usaha untuk menutup jurang akses dalam sukan ini bukan kali pertama dilakukan Under Armour.

Membawa lebih ramai anak muda bermain di padang merupakan peranan utama yang dimainkan oleh kebanyakan atlet dan aktiviti-aktiviti komuniti di bawah Under Armour.

Bagaimanapun, disebabkan perubahan zaman, cabarannya juga berbeza namun Under Armour bersedia untuk mengharunginya dan terus mara bersesuaian dengan slogan The Only Way Is Through (Satu-satunya Jalan Adalah Mengharunginya).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain