suria

Pemain tenis tertua Ukraine tidak takut ancaman bom, akui tidur nyenyak kerana pekak

Stanislavskyi pernah berentap dengan Rafa Nadal pada tahun lepas.

PEMAIN tenis tertua berbangsa Ukraine bukan sahaja enggan meninggalkan bandar Kharkiv yang sedang dilanda konflik, bahkan turut menegaskan bahawa dia tidak takut kepada sesiapa.

Leonid Stanislavskyi, 97, yang mengalahkan pemenang Grand Slam 21 kali, Rafa Nadal tahun lalu, sanggup berhadapan dengan maut ketika tentera Putin terus mengebom kampung halamannya yang terletak hanya beberapa batu dari sempadan Rusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul kerusi pengadil, Zverev berdepan hukuman berat

ARTIKEL BERKAITAN: Abramovich guna laluan berbeza setiap kali ke pusat latihan Chelsea, apa sebenarnya berlaku?

"Saya tidak takut kepada sesiapa... Saya berharap perang akan berakhir dan saya akan dapat bermain tenis," katanya tegas walaupun selepas didesak seluruh keluarganya.

Menurutnya, anak perempuannya yang kini berada di Poland ingin mengambilnya ke sana namun dia menentang dan mahu terus berada di Ukraine.

"Saya ada masalah pendengaran, jadi saya boleh tidur lena pada waktu malam kerana tidak mendengar sebarang bunyi. Semalam (7 Mac) ada pengeboman dan pagi ini ada bunyi siren," katanya yang berharap dapat hidup sehingga usia mencecah 100 tahun.

Stanislavskyi merupakan pemain tenis tertua dunia.

Stanislavskyi merupakan pemain tenis tertua dunia.

Katanya lagi, sejak konflik pencerobohan berlaku pada 24 Februari, dia tidak pernah keluar rumah kerana barangan keperluan sentiasa mencukupi.

Sebelum ini, Stanislavskyi pernah berkhidmat sebagai jurutera yang membantu kapal perang Soviet nenentang tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

"Saya tidak pernah menyangka akan berhadapan satu lagi peperangan di hayat ini. Sangat menakutkan kerana kedua-dua pihak merekodkan kematian, ibu kehilangan anak manakala isteri kematian suami dan anak lelaki," katanya. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain