suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerana Salah, aksi Mesir-Angola terhenti tiga kali

Salah diserbu peminat yang ingin mengambil selfie dengannya.

PERLAWANAN Angola menentang Mesir terpaksa dihentikan sebanyak tiga kali apabila penyokong tuan rumah menyerbu padang untuk mengambil selfie bersama bintang Liverpool Mohamed Salah.

Salah diserbu ketika pasukan Mesir bangkit dari ketinggalan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium 11 de Novembro.

Polis terpaksa dipanggil untuk menyuraikan penyokong yang jelas teruja untuk bergambar bersama pemain paling terkenal di benua Afrika itu.

Sekalipun beberapa kali terganggu, Salah menjadi inspirasi buat rakan sepasukannya untuk mengutip satu mata yang diperlukan bagi menggungguli Kumpulan F dengan baki satu perlawanan. - Topskor

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain