suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United yakin Brendan Rogers bakal jadi pengganti Solskjaer

Rogers disebut-sebut sebagai bakal pengganti Solskjaer.

MANCHESTER United semakin yakin mampu mengetengahkan Brendan Rodgers sebagai pengurus baharunya.

Dikhabarkan, bos United berminat untuk melantik Rodgers sekiranya kelab itu tidak mempunyai pilihan selain memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Mereka juga percaya Rodgers akan berminat untuk mengambil tugas tersebut, dengan syarat, perjanjian boleh dicapai dengan kelab yang sedang dikendalikannya ketika ini iaitu Leicester.

Rodgers mungkin akan keberatan untuk meninggalkan The Foxes, tetapi mengetahui bahawa ada sesuatu yang boleh dicapai secara realistik di sana, maka peluang untuk menguruskan United hampir mustahil untuk ditolak.

Undian yang dijalankan Bookmakers juga meletakkan Rodgers sebagai pilihan 'favorite' untuk menggantikan Solskjaer, walaupun United boleh menunggu sehingga musim panas sebelum membuat perpindahan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain