suria

Pemain, kakitangan Manchester United percaya Solskjaer bakal dipecat

Solskjaer kini berada dalam kedudukan bahaya selepas prestasi United kurang memuaskan. Foto: Reuters

SEBILANGAN pemain dan kakitangan pasukan Manchester United percaya Ole Gunnar Solskjaer kini berada di kedudukan yang hampir dipecat, menurut laporan.

Solskjaer berada di bawah tekanan besar berikutan prestasi buruk di mana pasukan tersebut tewas empat daripada enam perlawanan terakhir mereka.

Kekalahan itu termasuk dalam perlawanan menentang Liverpool dengan 0-5 dan 0-2 kepada Manchester City, di mana kedua-duanya berlangsung di Old Trafford.

Malah Red Devils berada pada kedudukan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea selepas hanya 11 perlawanan musim ini.

Tetapi pengurus kelahiran Norway itu terselamat kerana Cristiano Ronaldo yang menjaringkan gol pada saat akhir ketika menentang Villarreal dan Atalanta.

Bagaimanapun ramai yang berada di dalam kelab itu percaya bahawa Solskjaer tidak dapat mengharungi tempoh ini selepas beberapa prestasi yang mengejutkan dalam semua pertandingan, lapor The Sun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain