suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ferdinand gesa Solskjaer tinggalkan Manchester United

Solskjaer digesa supaya meninggalkan Manchester United. foto Reuters

RIO Ferdinand percaya sudah tiba masanya Ole Gunnar Solskjaer meninggalkan Manchester United dan menyerahkan tugas pengurus itu kepada orang lain.

Pengurus kelahiran Norway itu berada di bawah tekanan besar berikutan prestasi buruk di mana pasukan tersebut tewas empat daripada enam perlawanan terakhir mereka.

Kekalahan itu termasuk dalam perlawanan menentang Liverpool dengan 0-5 dan 0-2 kepada Manchester City, di mana kedua-duanya berlangsung di Old Trafford.

Solskjaer tidak dapat memberikan satu trofi pun kepada kelab itu sejak menjadi pengurus tetap pada Mac 2019.

Malahan, pasukannya berada pada kedudukan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea selepas hanya 11 perlawanan musim ini.

Ferdinand, yang juga bekas rakan sepasukan Manchester United, merupakan peminat besar Solskjaer sejak pertama kali menjadi pengurus sebagai pengurus sementara pada akhir 2018.

Namun kini diragui sama ada pengurus itu mampu membawa kegemilangan di Old Trafford buat kali pertama sejak Liga Europa 2016-17. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain