suria

Aston Villa pecat pengurus pasukan Dean Smith

Smith dipecat selepas Villa catat kekalahan kelima berturut-turut dalam Liga Perdana.

ASTON Villa memecat pengurus pasukan Dean Smith yang telah berkhidmat selama tiga tahun.

Smith, 50, meninggalkan kelab berikutan kekalahan 1-0 Villa kepada Southampton pada hari Jumaat, kekalahan kelima berturut-turut kelab itu dalam Liga Perdana.

Villa berada di tangga ke-15 liga, dua mata di atas zon penyingkiran.

"Tahun ini kami tidak melihat peningkatan berterusan dalam keputusan, prestasi dan kedudukan liga yang kami semua cari," kata ketua Villa, Christian Purslow.

Beliau menambah: "Atas sebab ini kami telah memutuskan untuk membuat perubahan sekarang bagi memberi masa kepada ketua jurulatih baharu untuk memberi impak."

Smith yang dilantik sebagai pengurus Villa pada Oktober 2018.

Musim 2020-21 menyaksikan Villa mencapai penamat tempat ke-11 dalam Liga Perdana, tetapi selepas pemergian pemain bintang Jack Grealish ke Manchester City pada musim panas, keputusan mula merosot.

Kelab itu belum menang sejak mereka mengalahkan Manchester United pada 25 September, dan hanya mengutip 10 mata daripada 11 perlawanan pertama musim in. - bbc sports

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain