suria

Penyokong United berang, anjur protes ke atas keluarga Glazer

Penyokong berang selepas mendapati pembabitan Glazer dalam rancangan merosakkan bola sepak dengan penubuhan Liga Super Eropah (ESL). Foto: Reuters

RATUSAN penyokong Manchester United berhimpun di luar stadium Old Trafford untuk memprotes keluarga Glazer selepas mendapati pembabitan mereka dalam rancangan merosakkan bola sepak dengan penubuhan Liga Super Eropah (ESL).

United merupakan salah satu daripada enam kelab Liga Perdana Inggeris yang sepakat untuk menyertai ESL.

Kelab berkenaan dibeli oleh keluarga warga Amerika Syarikat itu dengan harga $1.1 bilion (RM4.51 bilion) pada tahun 2005.

Para penyokong memegang papan tanda dan sepanduk 'United against greed' dan 'Glazers out' ketika berhimpun.

Sementara itu, sekitar 150 penyokong Liverpool turut melakukan demonstrasi yang sama susulan tindakan kelab yang menyertai liga francais berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Penyokong membawa sepanduk bertulis 'Our game, our club' dan 'Enough is enough, FSG out' merujuk kepada Fenway Sports Group (FSG) yang secara bersama memiliki kelab berkenaan.

Pengerusi bersama United, Joel Glazer bagaimanapun memohon maaf atas kekacauan yang timbul susulan daripada cadangan penganjuran ESL.

Permohonan maaf Glazer menyusul selepas pemilik Liverpool, John W Henry membuat permohonanan maaf kepada penyokongnya. - Reuters

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain