suria

Spurs ‘empat atau lima tahun’ di belakang Man City - Ryan Mason

Harry Kane masih belum memenangi sebarang piala selama bergelar sebagai pemain bola sepak profesional

PENGURUS sementara Tottenham Hotspur, Ryan Mason percaya pasukannya berada 'empat atau lima tahun' di belakang Manchester City setelah kekalahan Piala Carabao.

Harry Kane juga gagal menyerlah ketika aksi menentang City di Wembley bagi merebut kejuaraan tersebut.

Menerusi perlawanan itu, tandukan Aymeric Laporte telah membawa Pep Guardiola memenangi trofi ke-30 sepanjang kariernya sebagai pengurus.

ARTIKEL BERKAITAN: Mourinho janji segera buat ‘comeback’ selepas dipecat Tottenham

Mason yang menjadi pengurus sementara di Spurs setelah pemecatan Jose Mourinho memberi kenyataan bahawa pasukannya telah memberikan aksi yang terbaik di Wembley.

"Saya fikir kami 100 peratus komited. Mereka adalah pasukan yang sangat baik. Saya fikir kami kadang-kadang menumpang nasib, kecewa dibolosi menerusi sepakan percuma. Mereka percaya telah memberikan yang terbaik.

"Jelas sangat kecewa dengan hasilnya, tetapi tidak dapat menyalahkan usaha. Saya fikir City mungkin empat atau lima tahun mendahului kita, mereka sudah lama bersama pengurus yang sama, bekerja dengan cara tertentu buat masa yang panjang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ryan Mason merupakan pengurus sementara Tottenham Hotspur setelah pemecatan Jose Mourinho

"Idea saya ialah terus melangkah ke hadapan dan saya yakin idea semua orang di Tottenham adalah berani dan mencuba untuk menguasai permainan seperti yang mereka lakukan. Ini adalah proses, memerlukan masa.

"Kami telah bekerja dengan cara ini selama seminggu, mempunyai dua hari untuk bersiap sedia untuk perlawanan ini, dan bermain menentang pasukan terbaik di negara ini. Ya, kami kadang-kadang menumpang nasib. Ia sukar untuk diterima tetapi saya bangga dengan pemain-pemain dalam pasukan ini."

Timbul persoalan siapa yang harus disasarkan oleh Spurs sebagai pengurus tetap? Dan apa yang berlaku sekiranya Harry Kane meninggalkan kelab? -skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain