suria

Peninju wanita kalah perlawanan, kongsi foto mata lebam

Peninju Australia yang juga guru Matematik itu kalah kepada Shannon Courtenay dalam satu perlawanan pada awal bulan ini.

MENJADI adat dalam perlawanan, pasti ada yang kalah dan menang.

Terbaharu, peninju wanita, Ebani “Blonde Bomber” Bridges berkongsi foto keadaanya dirinya selepas kalah dalam satu perlawanan.

Peninju Australia yang juga guru Matematik itu kalah kepada Shannon Courtenay dalam satu perlawanan pada awal bulan ini.

Bukan sekadar kalah, mata peninju berusia 34 tahun itu juga mengalami lebam teruk.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, dia turut berkongsi foto itu untuk tatapan peminatnya.

Dia turut berjenaka dan menganggap dirinya sama dengan watak filem terkenal The Terminator. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain