suria

Sir Alex Ferguson disokong pegang peranan lebih penting selepas Woodward tinggalkan United

Sir Alex Ferguson (gambar fail) meraih banyak sokongan untuk memegang peranan lebih penting di Old Trafford. foto AFP

BEKAS pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson disokong untuk peranan yang lebih penting di kelab itu, susulan pengumuman Ed Woodward berundur dari jawatan naib pengerusi eksekutif pada akhir tahun.

Woodward mengeluarkan satu kenyatraan pada pukul 9 malam Selasa waktu tempatan, sebaik Bursa Saham New York ditutup.

Dia yang berusia 49 tahun berundur dari memegang jawatan itu selepas lapan tahun di Old Trafford.

Woodward mengambil alih menemudi kelab itu pada 2013 setelah David Gill mengundurkan diri sebagai ketua eksekutif pada musim panas yang sama ketika Ferguson bersara.

Manchester United gagal memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dalam lapan musim sejak itu dan ketidakcekapan Woodward di pasaran perpindahan dikritik.

Ferguson mengambil peranan sebagai duta besar setelah dia bersara dan ramai penyokong merasakan beliau tidak diperlakukan secara adil dalam lapan tahun sejak berhenti sebagai pengurus.

Ferguson tidak terlibat dalam pelantikan pengurus, dan juga tidak berunding dengannya mengenai pertukaran atau hala tuju kelab.

Kini Ferguson dikatakan mempunyai banyak sokongan susulan peletakan jawatan Woodward, malah beliau dilobi untuk memegang jawatan lebih penting di old Trafford. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain