suria

Pique sukar jangka masa depan Messi - “Dia kelihatan bahagia kebelakangan ini, itu lebih penting”

Pique (kanan) berkata Messi kelihatan lebih bahagia sejak kebelakangan ini.

BINTANG Barcelona, Gerard Pique berkata dia tidak dapat menjangka masa depan Lionel Messi bersama kelab tersebut sungguhpun menjadi rakan sepasukan di Camp Nou selama 13 tahun.

Pique bagaimanapun berkata, apa yang diperhatikannya, kapten skuad kendalian Ronald Koeman itu lebih gembira beberapa bulan terakhir ini.

Ketika ini semua mata tertumpu kepada masa depan pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali itu, sama ada bertahan di Barcelona ataupun membawa haluan baharu.

Kontrak bintang antarabangsa Argentina itu bersama Barcelona bakal berakhir pada Jun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya fikir dalam beberapa bulan kebelakangan ini dia kelihatan lebih bahagia. Itu penting.

"Dia memberi kesan kepada skuad kerana dia adalah kapten dan memberi pengaruh yang besar kepada keseluruhan kelab. Kelab ini tampil cemerlang kerana pengaruh besar diriny.

"Messi telah bersama kami selama beberapa tahun. Kami amat mengenalinya dan kami akan menyokong keputusannya," kata Pique. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Gerard Pique, Lionel Messi, Barcelona

Artikel Lain