suria

Dakwaan terbabit dalam pelaburan dengan syarikat perjudian, UEFA siasat Ibrahimovic

Zlatan disiasat kerana dakwaan terlibat melabur dalam syarikat perjudian.

KESATUAN Bolasepak Negara-Negara Eropah (UEFA) membuka siasatan terhadap Zlatan Ibrahimovic berhubung dakwaan pembabitannya dalam pelaburan kewangan haram dengan syarikat perjudian.

Bintang tersebut yang masih mengagumkan peminat bola sepak kerana ketangkasannya di padang pada usia 39 tahun, baharu sahaja menandatangani kontrak selama setahun bersama AC Milan minggu lalu.

Namun, masalah di luar padang sedikit sebanyak menjejaskan kariernya apabila UEFA melantik pihak untuk meneliti tuduhan tersebut.

"Selaras dengan Artikel 31(4) Peraturan Disiplin UEFA, seorang Inspektor Etika dan Disiplin UEFA dilantik bagi menyiasat salah laku Zlatan Ibrahimovic yang didakwa melabur dalam syarikat pertaruhan.

"Maklumat lanjut berhubung perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu media melaporkan bahawa syarikat Ibrahimovic melabur dalam laman perjudian Bethard.

Syarat disiplin UEFA menyatakan pemain tidak harus mempunyai kepentingan kewangan dalam perjudian. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain