suria

Arsenal bakal lepaskan beberapa pemain, nama Ozil antara yang tersenarai

Nama Ozil antara yang tersenarai sebagai pemain yang bakal dilepaskan Arsenal. Foto: Getty Images

SUNGGUHPUN berada di kedudukan kelapan dalam Liga Perdana, Arsenal nampaknya menunjukkan kemajuan di bawah kendalian Mikel Arteta.

Bekas kapten kelab itu mengembalikan keyakinan penyokong selepas beberapa bulan mengendalikan The Gunners.

Dan kedudukan Arteta diperkuat selepas pasukan kendaliannya baru-baru ini berjaya meraih trofi piala FA usai menewaskan Chelsea di Stadium Wembley.

Selain membawa trofi ke Emirates, kemenangan itu juga melayakkan kelab tersebut ke Liga Europa musim depan.

Dan seterusnya, akan membantu usaha Arteta untuk memperkuatkan skuadnya dengan menggunakan musim panas ini menyingkirkan beberapa pemain serta membawa masuk pemain baru.

Antara nama yang disebut-sebut bakal dilepaskan oleh Arsenal adalah Matteo Guendouzi, Mesut Ozil, Pierre-Emerick Aubameyang, Henrikh Mkhitaryan, Ainsley Maitland-Niles dan Sokratis Papastathopoulos. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain