suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Positif Covid-19, pelumba F1 Sergio Perez digugur dari perlumbaan Grand Prix

Sergio Perez dijangkiti Covid-19. Foto Reuters

PELUMBA formula satu (F1), Sergio Perez digugurkan dari senarai pelumba Grand Prix Britain pada hujung minggu ini selepas disahkan positif Covid-19.

Beliau diasingkan pada Khamis selepas keputusan ujian saringan Covid-19 yang meragukan, menjelang perlumbaan Silverstone.

Pelumba berusia 30 tahun itu melakukan ujian kedua dan hasilnya adalah positif.

Sehubungan itu, Perez tidak hadir dalam acara media yang dijadualkan di Silverstone pada Khamis, dan tidak akan dibenarkan berlumba pada Ahad.

Menurut satu kenyataan FIA: "Berikutan pengumuman hari ini bahawa Sergio Perez dari BWT Racing Point Formula 1 Team didapati keputusan ujian yang tidak pasti untuk Covid-19 di Litar Lumba Silverstone menjelang Grand Prix Britain Formula 1 FIA 2020, FIA dan Formula 1 kini mengesahkan bahawa keputusan ujian kedua itu adalah positif.

"Perez kini menjalani kuarantin sendiri mengikut arahan pihak berkuasa kesihatan.

"Beliau juga akan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa," tambah kenyataan itu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain