suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peninju ditamatkan kontrak selepas mengaku tolak LGBT menerusi video TikTok

Hawley tampil memohon maaf selepas kontraknya ditamatkan MTK Global.

KENYATAAN seorang peninju profesional, James Hawley menerusi video TikTok yang menolak orientasi seksual Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) menjadi punca dia dipecat syarikat pengurusannya.

Video TikTok itu menjadi bualan ramai selepas ia dikongsi oleh peserta program Drag Race United Kingdom, Baga Chipz menerusi Twitter.

Syarikat pengurusan yang menjaga kerjaya peninju itu, MTK Global kemudiannya mengeluarkan kenyataan untuk menamatkan kontrak susulan video tular tersebut.

"Terima kasih kerana membawa hal ini kepada perhatian kami.

"Pihak pengurusan buat keputusan untuk menamatkan kontrak dan tidak akan mewakilinya lagi.

"Ia sentiasa jadi misi kami untuk menjadikan sukan tinju sebagai sukan untuk semua," ujar syarikat itu lagi.

Selepas penamatan kontrak itu, Hawley menerusi laman Instagram turut membuat video permohonan maaf. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

James Hawley, LGBT, TikTok

Artikel Lain