Pereira anggap dua bintang Liverpool, Van Dijk dan Milner sebagai pemain paling sombong

Bintang Manchester United, Andreas Pereira menamakan Virgil van Dijk dan James Milner (gambar kecil) sebagai pemain yang sombong. Foto: EPA/Getty Images

BINTANG Manchester United, Andreas Pereira menamakan dua pemain Liverpool, Virgil van Dijk dan James Milner sebagai pemain bola yang paling tidak disukainya, dan melabel kedua-dua lelaki berkenaan sebagai sombong.

Pemain antarabangsa Brazil itu memberikan jawapan demikian ketika ditanya oleh saluran YouTube, Desimpedidos mengenai pemain mana yang dianggapnya sombong.

"Saya tidak begitu menyukai lelaki itu, Milner," kata Pereira.

"Dan untuk mengatakan perkara yang sebenarnya, saya tidak menyukai pemain pertahanan, Van Dijk. Sombong. Malah cara dia bermain agak sombong," katanya.

Pereira juga ditanya siapa pemain bola sepak paling disukainya, di mana dia kemudian menamakan dua bintang senegaranya.

"David Luiz dan Willian adalah lelaki yang paling baik," katanya.

Pereira diberikan kontrak baru di Old Trafford tahun lalu dengan perjanjiannya sehingga 2023, walaupun persoalan sama ada dia akan kekal di kelab itu masih belum dapat dijangka ketika ini. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia