suria

Pencuri larikan Audi RS6, barangan kemas ketika Fabinho sekeluarga di Anfield

Kediaman Fabinho dipecah masuk pencuri ketika dan isterinya sedang meraikan kejuaraan EPL di Anfield.

ISTERI kepada pemain tengah Liverpool, Rebeca Tavares memberitahu kediaman mereka dipecah masuk perompak ketika dia dan Fabinho sedang merai kejuaraan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.

Rebeca mengesahkan dia dan suaminya selamat.

Kediaman mereka di Formby dimasuki pencuri ketika saingan Liverpool bertemu Chelsea yang menyaksikan The Reds mencatat kemenangan 5-3.

"Kepada sesiapa yang tertanya-tanya... kami semua selamat!," tulis Rebeca di laman Twitternya.

Berikutan kejadian itu, polis mengesahkan sebuah kereta Audi RS6 dan barang-barang kemas dilarikan, namun kenderaan tersebut ditemui di Wigan.

Fabinho, 26, merekodkan 80 penampilan bersama Liverpool sejak berpindah dari Monaco pada 2018, menjaringkan tiga gol dan turut merangkul dua trofi penting.

Bekas pemain Real Madrid itu dipinjamkan ke Liga Perdana memberitahu dia begitu gembira menyertai skuad Liverpool.

"Sejak saya tiba di sini, ini adalah cara kami bermain, dan saya sangat suka dengan dengan cara ini.

"Saya sayangkan pasukan dan berharap kami akan kekalkan momentum dan keputusan. Inilah yang diperlukan apabila bermain dengan pasukan terbaik dan kemenangan menjadikan kami ketagih.

"Kami tidak berada tekanan untuk mencatat keputusan, kami hanya bekerja sebagai satu kumpulan dan meningkatkan prestasi masing-masing," jelasnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fabinho, Rebeca, Pencuri, Liverpool

Artikel Lain