Wan Kuzri mungkin tiada dalam senarai fasa kedua latihan, pulang ke Amerika Syarikat

Wan Kuzri mungkin akan kembali ke kelabnya St.Louis mengikut perancangan awal.

PEMAIN tengah yang berpangkalan di Amerika Syarikat Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal mungkin tidak akan dapat menyertai fasa kedua latihan pusat pasukan Kebangsaan Bawah 18 (B-18) disebabkan perancangan yang telah ditetapkan lebih awal.

Ketua jurulatih B-18 kebangsaan Brad Maloney berkata, dia mahukan Wan Kuzri untuk terus bersama pasukan, namun terdapat beberapa faktor untuk dipertimbangkan termasuk perancangan awal untuk pemain Akademi Bola Sepak St Louis itu untuk pulang ke Amerika Syarikat.

"Saya perlu berbincang perkara itu bersama dia (Wan Kuzri) disebabkan kepada perancangan awal untuk kemungkinan akan pulang semula ke kelabnya, tetapi kami mempunyai banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sekarang, kemungkinan kuarantin, pandemik itu (Covid-19). Ada lebih banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sekarang ini.

"Saya mahu beliau untuk ada (dalam kem latihan) tetapi jelas sekali kelabnya mempunyai hak untuk memanggil beliau semula, jika mereka mahu. Kita akan bekerjasama dengan beliau, keluarganya dan kelab untuk mencari penyelesaian terbaik. Tentunya saya mahukan dia menjadi sebahagian daripada pemain yang dipanggil untuk latihan, jika boleh," katanya selepas sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Selepas penantian beberapa bulan, Wan Kuzri adik kepada pemain Sporting Kansas City Wan Kuzain akhirnya menyertai latihan pasukan kebangsaan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia 2020 (AFC), pada Oktober.

Kejohanan AFC Bawah-19, yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan 14-31 Oktober, merupakan pusingan kelayakan ke Piala Dunia Remaja Bawah-20, di Indonesia tahun hadapan.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara Qatar, Tajikistan dan Yemen, disasarkan untuk menjadi pasukan pertama negara untuk layak ke Piala Dunia Bawah-20 secara merit. -Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Wan Kuzri, B-19, Brad Maloney

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia