suria

Moyes dedah perbezaan dengan Solskjaer di Old Trafford

Moyes (kiri) belum melupakan pengalamannya dipecat Manchester United.

DAVID Moyes mendedahkan Manchester United tidak memberi masa kepadanya sepanjang tempoh berada di Old Trafford.

Pengurus berusia 57 tahun yng kini mengendalikan West Ham itu berkata, dia dipilih oleh Sir Alex Ferguson selepas ikon United itu bersara pada tahun 2013 dan dianggap pilihan yang salah.

Ia berikutan prestasi skuad ketika itu tidak menggembirakan pengurusan tertinggi kelab selepas berada di kedudukan ketujuh liga dan tersingkir daripada saingan Eropah.

Hanya 10 bulan bersama United, Moyes dipecat.

Dan Moyes percaya, dia tidak diberi masa yang cukup untuk membina pasukan seperti mana yang diberikan kepada pengurus sekarang Ole Gunnar Solskjaer.

"Bagi saya ia sebuah kelab yang menakjubkan, kelab terbesar di dunia.

"Ia sentiasa menjadi tempat istimewa dan saya tetap berminat untuk kembali.

"Ole berdepan dengan permulaan yang sukar, tetapi di antara saya dan Ole... dia diberi masa."

Dalam pada itu, Moye juga turut memuji skuad United yang memberi peluang kepada beberapa pemain akademi untuk menyertai barisan pemain utama.

"Dia membawa pemain-pemain dari akedemi yang menyaksikan Manchester United selalu mendahuluinya.

"Mereka mempunyai pemain-pemain muda sendiri sekarang," tambah Moyes. - Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain